Auto Added by WPeMatico

![]()
SUBANG JAYA – Polis sudah merekod keterangan anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) berhubung video tular yang memaparkan dakwaan seorang pemain bola sepak dari negara jiran kononnya diminta wang ketika pemeriksaan dijalankan terhadapnya.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, anggota terbabit turut membuat laporan polis pada 7 November lalu susulan penularan video berkenaan.
Beliau berkata, hasil semakan mendapati individu yang membuat dakwaan itu telah pulang ke negara asal sebelum siasatan lanjut dapat dijalankan.
“Anggota berkenaan sudah diambil keterangan dan individu yang membuat dakwaan itu juga sudah kembali ke negara asalnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam Kosmo! melaporkan polis membuka satu kertas siasatan berhubung penularan beberapa video di media sosial yang didakwa mengaibkan serta mengandungi tuduhan terhadap anggota polis daripada URB.
Wan Azlan dilapor berkata, siasatan awal mendapati rakaman berkenaan dibuat ketika anggota URB menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah kenderaan.
“Pemeriksaan tersebut dijalankan dengan tertib mengikut peraturan yang ditetapkan dan semua individu terlibat telah dilepaskan,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Dakwaan minta wang: Pemain bola sudah kembali ke negara asal appeared first on Kosmo Digital.