Auto Added by WPeMatico

![]()
KUANTAN – Cubaan sindiket dadah antarabangsa membawa masuk dadah jenis syabu bernilai RM78.6 juta ke negara ini melalui perairan negara berjaya dipatahkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam satu operasi khas semalam.
Pengarah Maritim Malaysia Pahang, Laksamana Pertama Mazlan Mat Rejab berkata, dalam operasi berkenaan pihaknya menahan dua buah kapal iaitu kapal tangki dan kapal kargo serta merampas dadah dipercayai jenis syabu seberat kira-kira 1.572 tan.
Katanya, kapal pertama ditahan merupakan kapal tangki sepanjang 50.34 meter yang didaftarkan di Thailand ditahan pada pukul 10.47 pagi kira-kira 107 batu nautika di Timur Laut Kuantan.
“Hasil pemeriksaan lanjut menemukan sebanyak 76 guni mengandungi bahan disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat 1.572 tan dan turut dirampas ialah
50,000 liter minyak diesel.
“Susulan itu juga seramai 10 orang kru warga Thailand dan tiga kru warga Indonesia berumur antara 33 hingga 68 tahun ditahan untuk siasatan lanjut,”katanya di sini hari ini.
Tambahnya kapal kedua iaitu sebuah kapal kargo dengan panjang 39.8 meter yang didaftarkan di Indonesia turut ditahan di lokasi sama pada kira-kira pukul 10.50 pagi.
Katanya, seramai lima kru warga Indonesia berumur 33 hingga 71 tahun turut ditahan untuk siasatan lanjut.-KOSMO! ONLINE.
The post Sindiket dadah antarabangsa tumpas, 1.572 tan syabu bernilai RM78.6 juta dirampas appeared first on Kosmo Digital.
