Auto Added by WPeMatico

![]()
GEORGE TOWN – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil bakal mendahului senarai penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang sempena Ulang Tahun ke-85 Yang Dipertua Negeri, Tun Ramli Ngah Talib esok.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu akan dianugerahkan Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Majlis-Majlis Rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Law Choo Kiang di sini, hari ini.
Beliau berkata, seramai 19 lagi individu akan menerima anugerah Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN) yang turut membawa gelaran Datuk Seri.
Istiadat itu akan berlangsung selama empat hari bermula esok di Dewan Sri Pinang dengan seramai 1,221 individu akan menerima pengiktirafan membabitkan 101 penerima Darjah Kebesaran serta 1,120 penerima Bintang dan Pingat Kehormatan.
“Bakal penerima anugerah terdiri daripada anggota perkhidmatan awam negeri dan Persekutuan, ahli politik, korporat, pertubuhan bukan kerajaan, usahawan tempatan dan ahli-ahli Badan Sukarelawan.
“Empat sesi istiadat akan dijalankan iaitu pada 11 Julai (sesi pertama), 13 Julai (sesi kedua), 14 Julai (sesi ketiga) dan 15 Julai (sesi keempat),” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Fahmi Fadzil terima gelaran Datuk Seri appeared first on Kosmo Digital.
