Auto Added by WPeMatico

![]()
GIRONA: Arsenal terus memberi petanda positif menjelang musim baharu apabila dua pemain sayap mereka, Christos Tzolis dan Max Dowman, mencuri perhatian dalam kemenangan 4-1 ke atas Girona pada aksi persahabatan pramusim di Stadium Montilivi, semalam.
Persembahan bertenaga kedua-dua pemain itu membuatkan penyokong The Gunners mula membayangkan bahawa pasukan kendalian Mikel Arteta mungkin perlu melupakan khidmat bintang Real Madrid, Vinicius Junior yang dikaitkan dengan perpindahan sensasi ke Emirates.
Tzolis, yang menyertai Arsenal daripada Club Brugge bulan lalu dengan nilai perpindahan 34 juta pound (RM187.3 juta), menunjukkan kualiti yang mampu memberi impak besar kepada jentera serangan Arsenal menerusi kelajuan, kreativiti dan keberaniannya mengasak benteng lawan.
Sementara itu, Dowman, 16, sekali lagi mengukuhkan reputasinya sebagai permata paling bernilai yang lahir daripada akademi Hale End apabila terus membuktikan bahawa dia memiliki bakat luar biasa untuk bersaing di pentas tertinggi.
Gol Arsenal diledak oleh Kai Havertz pada minit ke-16, Tzolis (m-30), Dowman (m-53) dan Gabriel Jesus (m-55) manakala gol tunggal tuan rumah dijaringkan Arnau Martinez pada minit ke-50.
Selain Tzolis dan Dowman, Arteta turut menggunakan peluang pramusim untuk menilai beberapa lagi produk akademi termasuk Marli Salmon, Andre Harriman-Annous dan Ceadach O’Neill yang diberikan minit permainan berharga.
Arteta berkata, beliau gembira dengan tahap persembahan yang dipamerkan pasukannya, terutama pemain muda yang menunjukkan keyakinan tinggi apabila diberi peluang beraksi bersama skuad utama.
“Perkara paling menggembirakan ialah melihat keberanian mereka. Mereka tidak bermain seperti pemain yang takut melakukan kesilapan, sebaliknya menunjukkan personaliti dan kualiti yang kami mahu lihat di Arsenal.
“Max, Christos dan beberapa pemain muda lain membuktikan bahawa mereka mempunyai masa depan yang cerah. Mereka bekerja keras setiap hari dan perlawanan seperti ini memberi petunjuk bahawa mereka mampu memberikan sesuatu yang istimewa kepada pasukan pada masa depan,” kata Arteta.
Arteta turut menegaskan bahawa perkembangan pemain muda adalah aspek penting dalam projek jangka panjang Arsenal dan beliau akan terus memberi ruang untuk mereka berkembang serta bersaing merebut tempat dalam kesebelasan utama.-AGENSI
The post Arsenal boleh lupakan Vinicius appeared first on Utusan Malaysia.
