Auto Added by WPeMatico

![]()
LONDON – Pengendali Manchester United, Michael Carrick menolak dakwaan bahawa para pemainnya berdepan isu kecergasan dan masalah fizikal ketika sekadar terikat 1-1 menentang Fulham di Craven Cottage awal pagi semalam.
Statistik menunjukkan bahawa pasukan tuan rumah berlari secara keseluruhan 6.6km lebih jauh berbanding United menyebabkan The Red Devils dilihat bergelut sehingga ketinggalan sebelum Matheus Cunha menyelamatkan maruah mereka.
Keputusan seri itu bukanlah yang diinginkan Carrick dan United selepas minggu yang sukar apabila mereka tewas dalam derbi menentang Manchester City dan tersingkir daripada Piala Liga Inggeris berdepan Brighton.
Namun, Carrick menerima keputusan seri itu berdasarkan keadaan yang ada dan cuba menekankan aspek positif, termasuk semangat juang para pemainnya yang tidak pernah berputus asa.
“Saya tidak begitu bersetuju (pemain United berdepan isu kecergasan). Saya berpuas hati dengan cara kami mengakhiri perlawanan. Kami terus mencuba dan memberikan tekanan.
“Respons (selepas gol sendiri) itu benar-benar menggembirakan. Cara kami cuba untuk kembali ke dalam permainan. Kami mengekalkan idea, kesabaran dan tujuan yang jelas. Kami mengakhiri perlawanan dengan sesuatu yang positif.
“Setakat ini, perbezaan kecil banyak mempengaruhi sehingga menyebabkan keputusan tidak berpihak kepada kami. Saya tahu kami boleh melakukan lebih baik dan kami perlu memperbaiki beberapa perkara. Tetapi saya tidak berasa kecewa atau berputus asa kerana kami menunjukkan beberapa petanda yang baik,” katanya. – AGENSI
The post EPL: Carrick nafi United kurang cergas appeared first on Kosmo Online.
