
![]()
SEREMBAN – Selepas mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan pada Ahad lalu, Datuk Ismail Lasim hari ini secara rasminya memulakan tugas di Wisma Negeri di sini pada pukul 9 pagi tadi.
Ketibaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh itu disambut oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Zafir Ibrahim dan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Masri Razali.
Pada Ahad lalu, Ismail, 67, mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah.
Beliau bergelar wakil rakyat selepas dipilih menjadi ADUN pada tahun 1999 sebelum membina pengalaman selama hampir tiga dekad dalam politik Negeri Sembilan. Ismail dilantik sebagai Exco pada 2004 dan menganggotai pentadbiran negeri selama tiga penggal berturut-turut hingga 2018. – KOSMO! ONLINE
The post Ismail Lasim mulakan tugas Menteri Besar N. Sembilan hari ini appeared first on Kosmo Digital.










