Auto Added by WPeMatico

PELAKON dan model, Zahnita Wilson mengesahkan sudah mengikat tali pertunangan dengan seorang jejaka dalam satu majlis yang berlangsung baru-baru ini.
Menurut Zahnita atau nama lengkapnya Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 41, dia sudah mengenali jejaka tersebut sejak beberapa bulan lalu, namun memilih untuk terus merahsiakan identiti insan yang berjaya menambat hatinya.
“Ya, saya sudah bertunang. Alhamdulillah, saya kini berada dalam fasa bahagia. Sangat bahagia.
Buat masa ini, saya belum bersedia memperkenalkan siapa dia kepada umum. Dia bukan orang industri. Cukuplah saya beritahu nama pangkalnya ialah ‘F’,” katanya ketika ditemui pertunjukan fesyen Rizman Ruzaini Kuala Lumpur Fashion Week 2026, semalam.
Tambah pelakon filem Gila Gila Pengantin Remaja itu lagi, tunangnya berstatus duda tanpa anak dan bukan daripada kalangan penggiat seni.
Dia seorang yang sangat memahami dan sangat mengambil berat. Dia membuatkan saya rasa selamat. Kami mudah berkomunikasi dan itu antara perkara yang membuatkan saya yakin untuk melangkah ke fasa seterusnya,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Zahnita berkata, dia membuat keputusan menyerahkan hak penjagaan keempat-empat anaknya kepada bekas suami, Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor secara sukarela kerana percaya tindakan itu adalah pilihan terbaik demi masa depan mereka.
“Saya serahkan hak penjagaan anak kepada bekas suami dengan rela hati kerana saya percaya dia mampu menjaga mereka dengan baik.
Saya berasakan dia lebih berkemampuan daripada segi kewangan, manakala saya pula belum mempunyai pendapatan yang benar-benar stabil. Semua ini saya lakukan demi masa depan anak-anak,” ujarnya.
Ujarnya lagi, walaupun hak penjagaan diserahkan kepada bekas suami, dia masih boleh bertemu anak-anak pada bila-bila masa.
Saya boleh berjumpa mereka pada bila-bila masa. Buat masa ini setiap bulan saya akan bertemu mereka di Kuantan. Kami tidak banyak berkomunikasi, namun segala urusan berkaitan anak-anak tetap dibincangkan jika perlu,”
Terdahulu, Zackery memaklumkan pelakon itu menyerahkan hak penjagaan kekal keempat-empat anak mereka kepadanya menerusi satu kenyataan dalam Instagram baru-baru ini.
Zahnita dan Zackery mendirikan rumah tangga pada 2005 namun berpisah pada Ogos 2025.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Zahrafeena, 19, Zasharayna Ghouse, 14, Zahlia Syawwal, 9 dan Abd Zayden Ghouse, 5. – HIBGLAM
