Auto Added by WPeMatico

![]()
LONDON – Jaringan tunggal Alexander Isak memastikan kemenangan tipis 1-0 Liverpool ke atas Bournemouth pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Vitality, sebentar tadi.
Ia memberikan cerita penuh bermakna buat pengurus The Reds, Andoni Iraola yang kembali ke venue berkenaan buat kali pertama sejak menyertai Liverpool, musim ini.
Terdahulu, Iraola menerima sambutan mesra daripada peminat Bournemouth yang cukup menghargai sumbangannya sepanjang berkhidmat di Stadium Vitality.
Walaupun mempunyai kelebihan dua hari rehat berbanding Bournemouth yang menentang Real Sociedad di pentas Liga Europa, Jumaat lalu, anak buat Marco Rose berjaya mengimbangkan kualiti The Reds.
Kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati terikat tanpa jaringan sepanjang aksi di separuh masa pertama.
Dua belas minit selepas aksi bersambung, usaha keras Liverpool akhirnya membuahkan hasil menerusi penyudah sempurna Isak yang kini mengumpul empat gol dalam lima perlawanan awal.
Berbanding rekod musim terdahulu, ini adalah jumlah terbanyak yang pernah dijaringkan oleh Isak dalam lima perlawanan awal Liga Perdana Inggeris.
Walaupun kedua-dua pasukan turut dihidangkan peluang untuk mencipta jaringan, tiada tambahan gol mampu dihasilkan sekali gus mengesahkan kemenangan kedua Liverpool musim ini. – KOSMO! ONLINE
The post EPL: Isak terus berbisa bantu Liverpool benam Bournemouth appeared first on Kosmo Online.
