Auto Added by WPeMatico

![]()
JOHOR BAHRU – Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara 10 tahun seorang peniaga kerana menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isteri ketiganya, Jahidah Nordin 47, sehingga koma, empat tahun lalu.
Hakim Atan Mustaffa Yusoff Ahmad menolak rayuan Rosmaini Abd Raof, 42, dan mengekal keputusan Mahkamah Sesyen, 9 Disember tahun lalu.
Hakim bagaimanapun membenarkan penangguhan hukuman sementara menunggu rayuan dibuat tertuduh di Mahkamah Rayuan Putrajaya.
Mahkamah membenarkan permohonan pemohon menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara dengan syarat iaitu jaminan bercagar RM25,000 dengan seorang penjamin dan pemohon melapor diri di balai polis berhampiran pada setiap bulan, sehingga rayuan selesai. – KOSMO! ONLINE
View this post on Instagram
The post [VIDEO] Bekas suami Jahidah kekal bersalah, penjara 10 tahun appeared first on Kosmo Digital.