
JAKARTA – Seorang wanita menerima kecaman orang ramai kerana mengamuk dan mengasari seorang penjual hanya kerana isi buah tembikai yang dibelinya berwarna kuning, lapor portal berita Lambe Turah.
Kejadian dirakam di daerah Pagar Dewa, wilayah Bengkulu baru-baru ini.
Rakaman video kejadian di platform TikTok oleh akaun @ndungdina menunjukkan wanita terbabit melemparkan buah itu ke tanah sebelum dipijak hingga hancur.
Selain ditengking, penjual dituduh penipu kerana menjual tembikai di mana isinya bukan berwarna merah.
Rakaman itu mencatatkan lebih 11 juta tontonan dan menimbulkan kemarahan ramai pengguna media sosial.
“Nampak sangat dia tak pernah makan tembikai isi kuning,” kata seorang netizen.
“Sudah tua masih tidak tahu jenis-jenis tembikai,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI
The post Wanita mengamuk, isi tembikai warna kuning appeared first on Kosmo Digital.