
![]()
LIVERPOOL – Di sebalik pelbagai andaian yang timbul, pengurusan tertinggi Liverpool tampil menyatakan sokongan kepada pengurus pasukan, Arne Slot dan keputusan kelab dalam urusan perpindahan pemain musim ini.
Walaupun perbelanjaan besar dibuat oleh kelab termasuk perpindahan termahal British ketika membawa masuk Alexander Isak, tumpuan pastinya lebih tertumpu kepada Slot yang dilihat gagal untuk memacu pasukan tampil lebih kukuh dan konsisten
Liverpool turut membawa masuk Florian Wirtz, Hugo Ekitike, Jeremie Frimpong, Milos Kerkez dan Giovanni Leoni, namun segalanya seakan tidak menjadi apabila Slot berdepan kesukaran membentuk skuad terbaik.
Pengarah Sukan Liverpool, Richard Hughes tampil mempertahankan Slot apabila percaya situasi yang alami pasukan itu hanya bersifat sementara dan pengendali dari Belanda itu mampu mengubah keadaan.
“Kami mahu berikan sokongan, bukannya untuk ‘melemaskan’ mereka sekali gus ia boleh memastikan mereka kembalikan kegemilangan. Semua pemain yang dibawa masuk pastinya ada sebab, iaitu kerana mereka pemain berkualiti.
“Setiap orang memainkan peranan masing-masing buat kelab dan kami semua gembira dengan apa yang kami lakukan. Sama ada baik atau tidak, ini adalah usaha kolektif untuk membantu pemain menyerlahkan prestasi mereka.
“Selagi pemain itu adalah tepat, kami pasti yakin dan prestasi mereka pastikan akan menyusul sekali gus dapat bantu pasukan ke arahlebih baik,” katanya.
Ketika ini, The Reds sudah terkeluar daripada kelompok empat terbaik yang menawarkan slot ke Liga Juara-Juara musim depan selepas hanya mampu mengumpul 39 mata daripada 24 perlawanan. – AGENSI
The post EPL: Liverpool masih kekal sokong Slot appeared first on Kosmo Digital.

