Auto Added by WPeMatico

![]()
KLANG – Seorang pembantu perancang acara mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majisret di sini, atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan seorang penunggang motosikal parah, minggu lalu.
Tertuduh, Low Kean Peng, 35, membuat pengakuan itu dan memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret A. Karthiyayini.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa memandu kenderaan dengan kadar alkohol sebanyak 196 miligram (mg) alkohol dalam 100 milimeter (ml) darah.
Jumlah itu melebihi had 146mg alkohol dalam 100ml darah sehingga menyebabkan kecederaan parah kepada penunggang motosikal yang juga mangsa, Zulfiqar Zamir Amirul Nizam, 27.
Perbuatan itu dilakukan di Persiaran Kota di sini, kira-kira pukul 12.35 pagi, 13 Mei lalu.
Kean Peng melakukan kesalahan mengikut Seksyen 44 (1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda tidak lebih RM50,000, jika sabit kesalahan dan hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu selama tempoh tidak kurang tujuh tahun.
Mahkamah kemudian membenarkan jaminan tertuduh RM10,000 dengan seorang penjamin selain penggantungan lesen memandu dan melaporkan diri dua kali seminggu di balai polis. Sebutan semula kes ditetapkan pada 30 Julai depan.
Kosmo! sebelum ini melaporkan pemandu sebuah kereta melawan arus dan merempuh penunggang motosikal sehingga tercampak dengan kecederaan di badan serta kaki. – KOSMO! ONLINE
The post Pemandu mabuk lawan arus tak mengaku langgar ‘rider’ appeared first on Kosmo Digital.
