Auto Added by WPeMatico

![]()
BALIK PULAU – Seorang penunggang motosikal tercampak ke longkang sedalam kira-kira satu meter selepas terlibat kemalangan dengan sebuah van kilang berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Teras di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, mangsa lelaki berusia 32 tahun dilaporkan mengalami kecederaan pada muka dan kaki.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, operasi menyelamat mangsa kemalangan melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Balik Pulau.
Menurutnya, berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sebuah van kilang jenis Kia dengan sebuah motosikal jenis Yamaha LC.
“Terdapat dua mangsa iaitu seorang lelaki yang menunggang motosikal telah tercampak ke dalam longkang berkedalaman satu meter, manakala pemandu van tidak mengalami kecederaan.
“Mangsa berjaya dibawa naik dengan selamat dan telah diberikan rawatan awal oleh pihak Kementerian Kesihatan sebelum dibawa ke Hospital Balik Pulau dengan ambulans,” katanya di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE
The post Mangsa tercampak ke longkang sedalam satu meter appeared first on Kosmo Online.
