Auto Added by WPeMatico

![]()
LONDON – Manchester City dilapor bakal melakukan kejutan dengan membuat bidaan sebanyak £70 juta (RM385.95 juta) untuk mendapatkan khidmat pemain tengah Chelsea, Pedro Neto.
Spekulasi tersebut semakin hangat selepas pengendali City, Enzo Maresca dilaporkan mahu kembali bekerjasama dengan Neto yang pernah beraksi di bawah kendaliannya ketika di Stamford Bridge.
Sebelum ini, Maresca telah membawa masuk bekas pemainnya di Leicester, Jeremy Monga dan kini menyasarkan Neto, namun perlu berdepan cabaran AC Milan yang turun mempertimbangkan potensi perpindahan pemain tersebut.
Milan sebelum ini menyatakan pemain kebangsaan Portugal itu sebagai sasaran utama, namun segalanya bergantung kepada situasi Rafael Leao, sama ada berhijrah ke kelab lain atau pun kekal di San Siro.
Bagaimanapun, peluang agak besar untuk menyaksikan penghijrahan Neto ke Etihad apabila The Blues bersedia mendengar tawaran yang diberikan.
Satu lagi cabaran City adalah untuk bersaing dengan kelab Arab Saudi selepas ejen pemain itu, Jorge Mendes turut mendapat tawaran dari kelab Arab Saudi, Al-Hilal.
Sebelum ini, The Citizens sudah pun berjaya mendapatkan Elliot Anderson dari Nottingham Forest namun ketika ini Chelsea dikatakan tidak terdesak untuk menjual Neto. – AGENSI
The post Maresca mahu ‘rujuk’ semula bekas pemain appeared first on Kosmo Digital.
