Auto Added by WPeMatico

BANGKOK – Seorang peniaga di Thailand didapati menjual daging babi yang dilumurkan darah lembu untuk menaikkan harga serta menipu pelanggan, lapor laman berita Thaiger semalam.
Kejadian berlaku di pasar Khlong Thom Bang Pahan.
Penipuan itu terbongkar apabila pemilik pasar, Chatchai Kittichai memeriksa gerai penjual terbabit selepas menerima aduan daripada seorang penduduk.
Menurut Kittichai, penjual itu menjual daging lembu pada harga 120 baht (RM16) untuk satu kilogram.
“Saya membasuh daging itu dengan air bersih. Namun, ia bukan daging lembu tetapi daging babi,” tulisnya di platform Facebook seperti laporan portal berita Khaosod.
Dia didakwa menyapu darah lembu pada daging babi lalu menjualnya dengan harga yang mahal.
“Kami telah menghalau peniaga itu kerana menipu pelanggan. Pengurusan pasar telah mengarahkan vendor untuk keluar dengan segera dan menghalang mereka daripada menjual semula.
“Polis telah dipanggil untuk melakukan siasatan,” kata Kittichai. – AGENSI
The post Lumur darah lembu untuk menipu, pembeli tidak sangka beli daging babi appeared first on Kosmo Digital.