Auto Added by WPeMatico

![]()
STOCKHOLM: Perdana Menteri Sweden daripada parti konservatif, Ulf Kristersson mengumumkan peletakan jawatannya pada Khamis selepas pembangkang berhaluan kiri memenangi majoriti tipis di Parlimen dalam pilihan raya umum negara itu.
“Sekarang Speaker Parlimen akan mengetuai langkah seterusnya bagi membentuk kerajaan baharu. Bagi membolehkan usaha ini dimulakan dengan segera, saya dengan ini memohon untuk dilepaskan daripada tugas sebagai perdana menteri,” kata Kristersson dalam surat kepada Speaker Parlimen yang disiarkannya di X
Dalam pilihan raya iyu, gabungan parti berhaluan kiri Sweden yang diketuai Parti Demokrat Sosial pimpinan Magdalena Andersson memenangi pilihan raya umum negara itu, menurut pihak berkuasa pilihan raya selepas semua undi dikira pada Khamis.
Empat parti dalam gabungan berhaluan kiri itu memperoleh majoriti tiga kerusi dalam Parlimen yang mempunyai 349 kerusi, mengatasi pakatan berhaluan kanan pimpinan Kristersson yang turut merangkumi parti Demokrat Sweden yang menentang imigresen.
Andersson pernah menjadi wanita pertama menjadi perdana menteri Sweden pada 2021-2022.
Andersson, pada Khamis berikrar untuk membawa negara itu ke arah baharu selepas empat tahun pemerintahan berhaluan kanan yang mendapat sokongan golongan berhaluan kanan jauh.
Kristersson yang meletakkan jawatan selepas keputusan akhir pilihan raya diumumkan, sekali gus membolehkan Andersson memulakan rundingan bagi membentuk kerajaan.
“Rakyat Sweden telah mengundi untuk membawa negara kita ke arah baharu. Mengundi untuk perpaduan dan menolak perpecahan,” kata Andersson dalam ucapan yang disiarkan di media sosial sejurus selepas Kristersson mengumumkan peletakan jawatannya. – AFP
The post PM Sweden letak jawatan selepas gabungan partinya kalah pilihan raya appeared first on Utusan Malaysia.
