Auto Added by WPeMatico

SEREMBAN – Seorang pengawal keselamatan berusia dalam lingkungan 30-an cedera parah selepas ditetak oleh sekumpulan individu tidak dikenali dalam satu kejadian pergaduhan di hadapan sebuah premis makanan segera di Bandar Baru Nilai, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 6.08 pagi daripada pegawai perubatan Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, yang memaklumkan mangsa dimasukkan ke zon merah, Jabatan Kecemasan dengan kesan kecederaan di muka dan badan.
“Siasatan awal mendapati mangsa ditetak menggunakan senjata jenis parang dan dipukul dengan kayu oleh lebih dari empat orang suspek dalam kejadian yang berlaku pada jam 2.30 pagi.
“Mangsa kini dalam keadaan stabil dan mengalami kecederaan di bahagian kepala dan kaki,” katanya ketika dihubungi di sini.
Menurut beliau, siasatan awal mendapati insiden itu tidak mempunyai kaitan dengan kegiatan gengsterisme atau dendam lama.
“Pergaduhan dipercayai tercetus ketika semua pihak berada di bawah pengaruh alkohol, yang membawa kepada salah faham dan provokasi. Pihak polis sedang giat mengenal pasti suspek terlibat serta lokasi sebenar kejadian,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Jaga parah kena serang ketika mabuk di Nilai appeared first on Kosmo Digital.