Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Suasana tengah malam di sekitar Semenyih, Selangor bertukar gempar apabila penduduk mendakwa terdengar bunyi letupan kuat sebanyak dua kali sekitar pukul 12 tengah malam tadi.
Bunyi berkenaan dikatakan kedengaran di beberapa kawasan termasuk Bandar Rinching, Taman Pelangi Semenyih 2 dan Kesuma, malah terdapat penduduk mendakwa bunyi sama turut didengari di sekitar Beranang dan Kajang.
Seorang pengguna media sosial, Nurfarahimadam menerusi perkongsiannya mempersoalkan bunyi kuat yang didengarinya sekitar pukul 12.10 tengah malam,
“Siapa ada dengar bunyi macam bom meletup? Pukul 12.10 pagi macam itu. Kawasan Bandar Rinching,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi penduduk Semenyih dikenali sebagai Nazz mendakwa, dia terdengar bunyi letupan seolah seperti bom kira-kira pukul 12.16 tengah malam.
“Bunyi apa yang meletup tadi, dua kali macam bom pukul 12.16 tengah malam 10 Ogos 2026. Aku tinggal di Semenyih. Dengar kata sampai Beranang sampai Kajang pun dengar. Apa yang jadi?” soalnya.
Perkara sama turut dikongsikan Aliff Shafili yang mendakwa bunyi letupan itu kedengaran jelas di kawasan Taman Pelangi Semenyih 2 dan Bandar Tasik Kesuma.
Perkongsian tersebut mencetuskan persoalan dalam kalangan penduduk yang tertanya-tanya mengenai punca sebenar bunyi berkenaan.
Bagaimanapun, setakat ini belum dapat dipastikan punca bunyi letupan tersebut sama ada ia berkaitan dengan sebarang insiden atau kejadian lain, dan Kosmo! sedang dapatkan pengesahan daripada pihak berkuasa. – KOSMO! ONLINE
The post 12 tengah malam penduduk Semenyih ‘diganggu’ bunyi letupan appeared first on Kosmo Digital.
