Auto Added by WPeMatico

![]()
SEBERANG PERAI – Seorang pejalan kaki maut selepas tersepit di bawah sebuah lori 10 tan dalam kemalangan di jejambat Jalan Bukit Tengah, Bukit Mertajam di sini, hari ini.
Mangsa dikenal pasti sebagai Sim Chin Chuan, 49, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.40 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Mertajam tiba di lokasi 16 minit kemudian.
“Pejalan kaki tersepit di bawah lori manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Beliau berkata, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) menjalankan kerja-kerja menyelamat bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah lori.
Katanya, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pasukan Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE
The post Lelaki maut dirempuh lori semasa lintas jalan appeared first on Kosmo Digital.
