Auto Added by WPeMatico

![]()
KLANG – Seorang lelaki maut dalam keadaan mengerikan apabila pinggang belakangnya terburai selepas dirempuh sebuah kenderaan sehingga tercampak ke dalam longkang sedalam dua meter di Jalan Kapar Batu 5 di sini, awal pagi tadi.
Kejadian diketahui pukul 3.23 pagi selepas bomba menerima panggilan kecemasan berhubung penemuan mangsa berusia 30-an tidak sedarkan diri di dalam longkang berkenaan.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, sepasukan tujuh anggota bersama pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Klang Utara dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Pemeriksaan mendapati seorang lelaki beruusia 30-an berada di dalam longkang itu akibat dirempuh sebuah kenderaan.
“Mangsa yang tercampak itu kemudian disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya pagi ini.
Menurut beliau, mayat mangsa berjaya dibawa keluar menggunakan alat pengusung. – KOSMO! ONLINE
The post Dirempuh maut hingga pinggang terburai dalam longkang appeared first on Kosmo Digital.
