Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Seorang penunggang motosikal melahirkan rasa kesal dengan tindakan sekumpulan invidivu berbasikal yang didakwa telah mengganggu kelancaran perjalanan selain membahayakan keselamatan pengguna jalan raya.
Menurut perkongsian di aplikasi TikTok milik @Apezmatteno, menunjukkan kumpulan penunggang basikal itu berkonvoi di lorong motosikal yang sempit dan membuat formasi dua baris.
“Okey la duduk tepi sahaja, eh tiba-tiba dua baris pulak,” tulisnya.
Tindakan tersebut mengakibatkan beberapa penunggang motosikal di belakang terhalang dan tidak berpeluang untuk memotong.
Menurut perakam, dia tidak membantah aktiviti berbasikal, namun menegaskan bahawa masa dan lokasi perlu dipertimbangkan terutamanya pada waktu puncak ketika ramai pengguna jalan raya sedang menuju ke tempat kerja.
Menerusi tinjauan komen netizen, rata-rata berang dengan sesetengah penunggang basikal yang menggunakan jalan utama sebagai laluan mereka.
“Spesies yang suka buat semak, geram jugak kadang-kadang,” komen @Hafizai._.
“Geng ni memang akan menyusahkan pengguna jalan raya lain,” @Ajin4094.
“Terpaling basikal,” ujar @Paennnnnn. – KOSMO! ONLINE
@apezmatteno time kurang ngam… #motovlogger #goprohero11 #y15zr ♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
The post [VIDEO] ‘Geng ini memang akan menyusahkan pengguna jalan raya’ appeared first on Kosmo Digital.