Auto Added by WPeMatico

![]()
JAKARTA – Seorang wanita warga emas di Kampung Pisangan, wilayah Jakarta Timur menjadi mangsa rompakan oleh jirannya sendiri, lapor akhbar Kompas.
Mangsa yang dikenali sebagai Hartati, 60, mengejutkan pihak berkuasa apabila hadir sendiri ke Balai Polis Cakung dalam keadaan mulutnya masih ditutup rapat menggunakan pita pelekat.
Dipetik daripada Tribunnews.com, Ketua Polis Daerah Cakung, Komisioner Polis Andre Try Putra berkata, mangsa hadir ke balai sekitar pukul 2.00 petang (waktu tempatan) untuk membuat laporan polis dan mengaku menjadi mangsa rompakan.
Menurut Hartati, suspek merupakan jirannya sendiri dikenali sebagai Marhum.
“Ketika kejadian, mangsa hendak menunaikan solat dan mendengar bunyi seseorang masuk ke dalam rumah.
“Mangsa menyangka anaknya, ternyata yang masuk ialah suspek,” katanya.
Suspek mengancam Hartati menggunakan parang dan meminta mangsa tidak menjerit.
Dia menutup mulut serta mengikat kedua-dua tangan dan kaki Hartati dengan pita pelekat sebelum melarikan barangan milik mangsa.
Polis menangkap suspek di kediamannya yang terletak tidak jauh dari rumah mangsa, tidak lama selepas itu
Siasatan awal mendapati motif rompakan berpunca daripada masalah kewangan. – AGENSI
The post Nenek dirompak jiran ketika hendak solat, mulut diikat pita pelekat appeared first on Kosmo Digital.
