Auto Added by WPeMatico

![]()
SHAH ALAM – Bekas ratu cantik juga selebriti popular, Erra Fazira berpegang prinsip, tidak semestinya wanita yang suka memakai mekap tebal termasuk dalam golongan tidak baik atau red flag.
Menurut Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 52, personaliti seseorang tidak wajar dinilai menerusi solekan semata-mata.
“Tidak semestinya wanita yang suka bersolek itu tidak mempunyai kriteria atau ciri-ciri wanita yang baik.
“Pada pendapat saya, kita tidak boleh kaitkan solekan dengan personaliti seseorang nak kata dia ‘red flag’ atau sebagainya.
“Saya sendiri sebagai seorang selebriti, tugas saya menuntut untuk saya mekap tebal. Orang lain pun ramai yang mekap tebal tetapi hati mereka baik,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran kedai barang kemas Amelia Jewellery, di sini, semalam.
Jelitawan yang mendapat julukan Primadona Filem Melayu Alaf Baharu itu bagaimanapun sedar, setiap individu mempunyai pandangan dan pendapat tersendiri mengenai kayu ukur kecantikan dan keperibadian seseorang.
“Perkara ini sangat subjektif. Orang lain mungkin pendapatnya berbeza kerana ada pengalaman yang berbeza berdepan dengan orang yang suka mekap tebal,” jelasnya.
Sementara itu bagi suami Erra iaitu Ezwan Zain dia sendiri tidak kisah sama ada isterinya mekap tebal ataupun tidak kerana dia mencintai wanita itu seadanya.
“Erra memang sentiasa menjaga soal kecantikan. Zaman sekarang saya rasa semua wanita patut berhias sebab ada yang bekerjaya,” ujarnya.
Terdahulu tular dalam media sosial apabila seorang selebriti popular mengeluarkan kenyataan agar tidak jatuh cinta dengan wanita yang suka bersolek tebal kerana takut kecewa apabila melihat wajah sebenar tanpa solekan. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Tidak boleh kaitkan solekan dengan personaliti seseorang, red flag’ appeared first on Kosmo Digital.

