Auto Added by WPeMatico

![]()
PUTRAJAYA – Dua lelaki maut manakala empat lagi cedera parah dalam kemalangan di Presint 1 menghala ke Taman Wetland, Presint 12, di sini hari ini.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Putrajaya menerima panggilan kecemasan pukul 11.58 pagi sebelum sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Presint 14 bersama pasukan EMRS dikejarkan ke lokasi kejadian.
Menurut Penolong Pengarah Operasi JBPM WP Putrajaya, PgB M. Haziq Hazmi, insiden membabitkan sebuah kereta Proton Saga yang dinaiki seramai enam individu.
“Kenderaan tersebut dipercayai terbabas sebelum merempuh sebatang pokok di tepi jalan, dengan beberapa mangsa tercampak keluar dari kenderaan akibat impak kemalangan.
“Dua mangsa lelaki disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala empat lagi mangsa mengalami kecederaan parah dan telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, pasukan bomba telah menjalankan operasi pengasingan mangsa serta kerja-kerja pembersihan di lokasi termasuk memotong pokok menggunakan peralatan khas bagi memastikan laluan selamat sepenuhnya. – KOSMO! ONLINE
The post Dua maut, empat parah kereta terbabas, langgar pokok appeared first on Kosmo Digital.
