
![]()
PERJALANAN luar biasa Kuala Lumpur (KL) City FC musim ini akan lebih lengkap sekiranya mampu menghadirkan kemenangan ke atas juara Piala FA, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada aksi Liga Super malam ini.
Walaupun Harimau Selatan sedang berada dalam motivasi tertinggi, rekod lampau menyaksikan KL City pernah menewaskan JDT sekali gus membuktikan tiada apa yang mustahil untuk dilakukan.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Syed Yazid Syed Omar berkata, perkara paling penting adalah pemain mampu mengekalkan kualiti permainan bai membuka peluang buat KL City mengintai slot Asia musim depan.
“Kita kena tengok dulu prestasi kerana pusingan pertama liga belum habis. JDT dan KL City belum kalah. Kita main di tempat sendiri dan sudah pasti kita akan beri sehabis baik.
“Mana tahu ada rezeki kita kalahkan JDT, malah JDT pun pernah kalah sebelum ini di Cheras. Saya dan barisan kepimpinan KLFA mengharapkan KL City mampu memastikan kemenangan.
“Walaupun orang cakap tak boleh menang tetapi selagi belum tamat, kita tengoklah macam mana dan yang pasti kami akan beri sehabis baik,” katanya.
Sebelum ini, MFL memberikan slot kepada Selangor FC untuk bertanding di Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL 2) musim ini selaku naib juara Liga Super.
“Realistik (untuk tamatkan Liga Super di tangga kedua) terutamanya dengan barisan jurulatih dan pemain yang KL City ada. Ramai pemain utama pun daripada skuad musim lalu,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post KL City yakin kekal rekod tanpa kalah appeared first on Kosmo Digital.