Auto Added by WPeMatico

![]()
HULU SELANGOR – Aduan awam berhubung gangguan bekalan elektrik yang dialami penduduk membongkar aktiviti perlombongan Bitcoin haram melibatkan beberapa premis di sekitar Bukit Beruntung, di sini.
Kegiatan itu berjaya dibongkar menerusi serbuan Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang turut disertai Yang Dipertua MPHS, Julaihah Jamaludin.
MPHS dalam kenyataan berkata, gangguan tersebut dipercayai berpunca daripada penggunaan elektrik secara berlebihan dan tidak terkawal di premis tertentu.
“Hasil operasi mendapati lima premis di kawasan perniagaan telah menjalankan aktiviti perlombongan Bitcoin tanpa kebenaran atau lesen yang sah,” katanya.
Kenyataan itu , aktiviti perlombongan Bitcoin adalah tidak dibenarkan sekiranya dijalankan tanpa kelulusan pihak berkuasa dan melibatkan penggunaan bekalan elektrik secara tidak terkawal.
“Aktiviti ini bukan sahaja boleh menyebabkan gangguan bekalan elektrik kepada penduduk sekitar, malah turut mendatangkan risiko kerosakan infrastruktur elektrik, peningkatan bahaya litar pintas serta kebakaran, dan menjejaskan keselamatan serta kesejahteraan komuniti setempat.
“Tindakan sitaan peralatan perlombongan Bitcoin telah dilaksanakan ke atas premis-premis terlibat sebagai langkah penguatkuasaan mengikut peruntukan undang-undang dan tatacara yang berkuat kuasa,” ujarnya.
Tambahnya, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menjalankan aktiviti menyalahi undang-undang.
Orang awam yang mempunyai maklumat lanjut atau ingin membuat aduan boleh membuat aduan kepada MPHS atau pejabat TNB yang berdekatan. – KOSMO! ONLINE
The post Gangguan elektrik bongkar aktiviti perlombongan bitcoin haram appeared first on Kosmo Digital.