Auto Added by WPeMatico

![]()
GUA MUSANG – Kes buli dalam kalangan pelajar sekolah di daerah ini mencatatkan penurunan hasil kerjasama berterusan pihak sekolah, ibu bapa dan pihak polis dalam memperkukuhkan langkah pencegahan kejadian tersebut.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, hanya beberapa kes terpencil berkaitan buli dilaporkan kepada pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang pada tahun lalu.
Katanya, pihak sekolah sentiasa berhubung dengan polis bagi mengekang gejala tidak sihat dalam kalangan pelajar.
“Pegawai Perhubungan Sekolah telah ditempatkan di sekolah bagi memantau keselamatan, menangani isu disiplin dan jenayah seperti buli.
“Kita mahu memastikan persekitaran sekolah selamat melalui pencegahan awal apabila lawatan telah dibuat secara berkala untuk mengetahui masalah yang dihadapi di sekolah,” katanya selepas Program Intervensi Remaja Berfokus: Sentuhan Biru di Dewan Tanjung, IPD Gua Musang di sini hari ini.
Choon Foo memberitahu, Program Intervensi Remaja Berfokus: Sentuhan Biru dilaksanakan bersama kaunselor sekolah dan pegawai polis terlatih kepada pelajar yang berisiko agar mereka diberi sokongan emosi dan panduan yang betul.
“Seramai 61 pelajar dari 12 sekolah menengah termasuk dua sekolah menengah agama telah dipilih untuk terlibat secara langsung dalam program ini,” uajrnya. – KOSMO! ONLINE
The post Kerjasama dengan polis, kes buli di sekolah menurun appeared first on Kosmo Digital.