Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Kutipan sumbangan bagi membantu pengurusan dan penghantaran pulang jenazah rakyat Malaysia, Allahyarham Ahmad Shah, 26, yang maut selepas dipercayai ditikam dalam kejadian di Korea Selatan, kini sudah mencecah kira-kira RM80,000.
Menurut adik Allahyarham, Ain Sephia Fabian, 25, jumlah itu telah melebihi anggaran kos yang sebelum ini dimaklumkan oleh pihak Kedutaan Malaysia di Korea Selatan.
Katanya, kedutaan sebelum ini menganggarkan kos pengurusan jenazah dan penghantaran pulang ke Malaysia sekitar RM50,000 hingga RM70,000.
Bagaimanapun, katanya, jumlah sebenar masih belum dimuktamadkan kerana masih menunggu pengesahan daripada pihak hospital.
“Setakat ini jumlah sumbangan yang diterima sudah mencecah kira-kira RM80,000. Bagi pihak keluarga saya nak ucap terima kasih kepada semua pihak yang membantu dan memberikan sumbangan,” katanya kepada Kosmo! hari ini.
Sebelum ini, ahli keluarga Allahyarham melancarkan tabung sumbangan bagi membantu menampung kos pengurusan jenazah di Korea Selatan.
Difahamkan, dana tersebut akan digunakan bagi menampung kos termasuk urusan hospital, dokumentasi dan pengangkutan serta penghantaran pulang ke Malaysia
Terdahulu, media melaporkan Ahmad Shah maut dalam pergaduhan membabitkan sekumpulan individu di daerah Eumseong, Wilayah Chungcheong Utara, Korea Selatan.
Susulan kejadian itu, pihak berkuasa telah menahan seorang lelaki warga Malaysia berusia lingkungan 40-an bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE
The post Maut Korea: ‘Terima kasih semua, sumbangan bawa pulang jenazah cecah RM80,000’ appeared first on Kosmo Digital.

