Auto Added by WPeMatico

![]()
PUTRAJAYA- Pintas Utama Sdn. Bhd. terus menerima penghargaan apabila menyumbangkan hampir 30,000 beg kasut kepada jemaah Muassasah di seluruh negara bagi musim haji 1447H/2026M menerusi Program Sahabat Haji Tabung Haji (TH).
Penghargaan berkenaan disampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Pintas Utama, Datuk Marhalim Mohamed.
Marliham berkata, penglibatan Pintas Utama dalam menyantuni jemaah haji Malaysia bermula sejak 2023 dengan sumbangan tahun ini meneruskan usaha syarikat dalam menyokong kebajikan dan kemudahan jemaah.
Katanya, inisiatif berkenaan juga sebahagian daripada usaha Pintas Utama untuk memberi manfaat kepada komuniti selain menyumbang kepada pembangunan infrastruktur negara.
“Sumbangan beg kasut itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan syarikat dalam membantu persiapan jemaah Muassasah sebelum berangkat menunaikan ibadah haji.
“Ia amat bermakna bagi sebuah syarikat seperti Pintas Utama. Walaupun sederhana, sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu melengkapkan persiapan jemaah sebelum berangkat menunaikan ibadah haji,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.
Beliau berkata, beg kasut jenis tali cerut itu disumbangkan bagi memudahkan jemaah membawa barangan keperluan selain meningkatkan keselesaan dan mobiliti mereka sepanjang berada di Tanah Suci.
Katanya, agihan dilaksanakan secara berperingkat ketika Kursus Perdana Haji Peringkat Negeri yang diadakan sebelum ini.
Di Selangor, agihan dibuat pada 11 April lalu di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, manakala di Pahang dan Perak pada 4 April masing-masing di Masjid Negeri Sultan Ahmad dan Masjid Sultan Azlan Shah.
Bagi negeri lain, beg berkenaan dihantar ke cawangan TH negeri untuk diagihkan kepada jemaah mengikut keperluan dan pengurusan masing-masing. – KOSMO! ONLINE
The post Sumbang 30,000 beg, Pintas Utama terima pengiktirafan TH appeared first on Kosmo Online.
