Auto Added by WPeMatico

![]()
JAKARTA – Satu klip video tular di Indonesia memaparkan seorang wanita didukung oleh dua lelaki untuk masuk ke dalam rumah selepas pulang daripada menunaikan ibadah haji agar kedua-dua kakinya tidak menjejak tanah.
Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @fajaronlineofficial menunjukkan wanita mengenakan tudung manik berkilau itu didukung dari kereta sehinggalah ke pintu rumahnya.
Mereka berbuat demikian sebagai penghormatan kepada tetamu Allah yang baru pulang dari Tanah Suci, mengikut kepercayaan masyarakat Bugis di wilayah Sulawesi Selatan.
Selain tidak menjejak kaki ke tanah, kepercayaan lain termasuk tidak dibenarkan berjalan jauh atau melakukan aktiviti di luar rumah dalam masa 40 hari kerana dianggap masih suci.
Rakaman itu mencatatkan lebih 1.3 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Semasa turun daripada pesawat, dia (wanita berkenaan) digendong oleh pramugari sampai masuk kereta?” kata seorang netizen.
“Berakal salah satu syarat menunaikan haji,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI
The post Jemaah haji didukung, kaki tak boleh jejak tanah appeared first on Kosmo Digital.

