Auto Added by WPeMatico

![]()
JELEBU: Usia bukan penghalang buat Limah Ujang untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi apabila wanita Orang Asli suku Temuan itu sanggup berjalan kaki sejauh kira-kira empat kilometer ke pusat mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.
Limah, 68, berkata, dirinya teruja untuk keluar mengundi selepas membuat persediaan dengan bantuan anak yang mengajarnya mengenai proses pengundian.
“Saya bangun pukul 6 pagi untuk bersiap pergi mengundi. Saya rasa teruja kerana dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi dan ini merupakan kali ketiga saya mengundi.
“Anak saya ada membantu membuat persediaan dengan mengajar saya mengenai cara mengundi,” katanya ketika ditemui selepas mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Putra, Simpang Durian, hari ini.
Selain semangat untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi, penampilan Limah turut menarik perhatian apabila mengenakan telepok (kain) di kepala yang menjadi sebahagian daripada rutin hariannya. – UTUSAN
The post PRN NS: Wanita Orang Asli suku Temuan berjalan kaki 4km ke pusat mengundi appeared first on Utusan Malaysia.






