
PETALING JAYA – Nestle Malaysia telah menganjurkan program Ramadan Penuh Bermakna bersama Nestle bagi membantu golongan memerlukan di seluruh negara untuk menikmati makanan berkhasiat dan barangan keperluan
sepanjang bulan yang mulia ini.
Menerusi kerjasama rapat dengan pihak berkuasa agama Islam tempatan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), rakan media dan universiti, syarikat telah menghulurkan bantuan makanan bernilai kira-kira RM2 juta kepada lebih 300,000 penerima di seluruh negara.
Ketua Pegawai Eksekutif Nestle Malaysia, Juan Aranols berkata, pihaknya komited untuk memainkan peranan meringankan beban golongan kurang mampu
yang mungkin menghadapi cabaran tambahan dalam tempoh ini.
“Menerusi Ramadan Penuh Bermakna bersama Nestle, kami bersama-sama rakan-rakan dan mengerahkan sukarelawan Nestle Sayang Komuniti kami sendiri untuk memastikan makanan berkhasiat menyantuni mereka yang memerlukan, sambil memenuhi janji kami untuk membawakan Good Food, Good Life,” katanya dalam kenyataan.

Program santun masyarakat seluruh negara pada tahun ini membabitkan
pembungkusan dan pengedaran lebih daripada 15,000 Bakul Ramadan, di samping membekalkan makanan untuk berbuka puasa dan mengagihkan juadah bubur lambuk MAGGI di seluruh negara.
Menerusi pakatan dengan pelbagai rakan kerjasama, kami membekalkan produk utama Nestle termasuk Milo, Maggi, Nescafe, Susu Everday, Nestum, emping jagung Nestle Gold dan juga Maggi. MAGGI untuk memastikan seisi keluarga mendapat bekalan makanan yang secukupnya sepanjang bulan Ramadan.
Salah satu rakan kerjasama penting dalam segala usaha ini adalah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), yang membantu membekalkan 1,500 Bakul Ramadan kepada komuniti memerlukan di seluruh Lembah Klang dan kawasan lain, termasuk Tanjung Malim dan Hulu Selangor.

Selain itu, syarikat juga menyokong program Iftar Madani Jakim dengan membekalkan minuman untuk berbuka puasa dan ia juga menyumbang bekalan produk Nescafe dan Milo kepada 70 masjid termasuk di bawah Jakim.
Inisiatif tersebut telah membawa manfaat kepada kira-kira 40,000 ahli kariah masjid.
Dalam pada itu, Nestle Malaysia meluaskan capaian menerusi sokongan
komuniti bersasar, termasuk sumbangan produk dan bantuan kewangan menerusi
Pertubuhan Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR), demi manfaat 500 isi
rumah golongan pelarian.
Di samping bantuan makanan, Nestle meneruskan tradisi untuk memasak dan
berkongsi juadah Bubur Lambuk MAGGI, dengan kira-kira 400,000 insan di lebih
daripada 300 lokasi seluruh negara, termasuk pelajar yang layak menerima zakat di
UiTM, UMT dan UMK.
Inisiatif ini juga menghimpunkan para sukarelawan Nestle Sayang Komuniti dan pelajar universiti dalam usaha gotong-royong bermakna untuk mengukuhkan semangat sukarelawan dalam kalangan belia. -KOSMO!ONLINE
The post Nestle hulur RM2 juta bantu golongan memerlukan sepanjang Ramadan ini appeared first on Kosmo Digital.
