Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof akan menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) dalam masa terdekat sebagaimana dinasihatkan oleh pakar perubatan.
Perkara itu dimaklumkan Pejabat Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra) menerusi satu kenyataan hari ini.
Menurut Setiausaha Akhbarnya, Datuk Misiah Taib, keadaan kesihatan Fadillah ketika ini dilaporkan stabil, namun beliau dinasihatkan supaya berehat sepenuhnya bagi memastikan proses rawatan dan pemulihan berjalan lancar.
“(Beliau juga) tidak digalakkan menerima pelawat bagi memastikan proses rawatan serta pemulihan berjalan dengan lancar.
“Sehubungan itu, pihak keluarga memohon agar orang ramai bersama-sama mendoakan agar urusan pembedahan dan rawatan beliau dipermudahkan serta dikurniakan kesembuhan dan dapat kembali bertugas seperti biasa,” katanya
Pada masa sama, Misiah memberitahu, pihak keluarga Fadillah turut merakamkan penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas doa, sokongan serta keprihatinan yang diberikan. – KOSMO! ONLINE
The post Fadillah bakal jalani pembedahan pintasan jantung appeared first on Kosmo Digital.



