Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Dasar pengecualian bayaran balik pinjaman bagi graduan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama kekal berkuat kuasa dan tidak pernah ditarik balik.
Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Datuk Seri Norliza Abdul Rahim berkata, insentif itu diberikan kepada peminjam yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama daripada institusi pengajian tinggi (IPT) yang diiktiraf, tanpa mengira latar belakang ekonomi, kaum atau agama sejak 2019.
“PTPTN sentiasa komited memastikan proses permohonan insentif ini dilaksanakan secara telus, efisien dan adil demi menjaga kebajikan peminjam serta menyokong aspirasi pendidikan tinggi negara,” katanya dalam kenyataan, di sini malam ini.
Beliau berkata, semua pihak tidak harus mempolitikkan isu pendidikan dan menghormati dasar sedia ada yang memberi manfaat kepada graduan cemerlang.
“Fokus utama kita adalah untuk memastikan pendidikan kekal sebagai medan pembangunan insan, bukan polemik politik,” katanya.
Tambah beliau, graduan yang menepati syarat boleh mengemukakan permohonan secara dalam talian melalui aplikasi web myPTPTN di pautan: https://myptptn.ptptn.gov.my. – KOSMO! ONLINE
The post Insentif pengecualian PTPTN kekal berkuat kuasa appeared first on Kosmo Digital.