Auto Added by WPeMatico

![]()
SUNGAI PETANI – “Kami masih nampak kelibat anak kepada pasangan suami isteri itu tengah malam tadi sebelum dia turut ditemukan mati di tingkat atas rumah.”
Demikian kata Hashim Abd. Aziz, 66, sahabat baik kepada Allahyarham Zikri Abdul Rahman, 65, yang ditemukan maut bersama isteri, Suraya Man, 53, dan anak lelaki berusia 29 tahun di sebuah rumah di Kampung Belau, Merbok, di sini tengah malam tadi.
Menurutnya, dia bersama adik kepada Zikri serta penduduk kampung sudah berasa tidak sedap hati selepas arwah tiba-tiba hilang dan gagal dihubungi sejak dua hari lalu.
Katanya, penduduk cuba mencari dan mendapati rumah arwah berkunci serta motosikalnya tiada sebelum motosikal berkenaan ditemui di bahagian belakang rumah.
“Saya sendiri risau kerana dia hilang macam itu sahaja. Ahli keluarga dan rakan-rakan hubungi pun tidak berjawab. Sepatutnya hari ini saya menjemputnya ke majlis kenduri seorang rakan kami.
“Jadi saya dan penduduk kampung ke rumah arwah dan nampak rumah gelap serta berkunci sebelum terhidu bau busuk. Kami juga ternampak kelibat seseorang dipercayai anak mangsa di tingkat atas rumah,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.
Katanya, adik arwah terus membuat laporan polis sebelum anggota datang dan memecahkan pintu rumah seterusnya menemukan percikan darah serta mayat ketiga-tiga mangsa.
“Mayat Kri (Zikri) dan isteri ditemui dalam keadaan sudah berbau, dipercayai telah meninggal dunia beberapa hari lalu. Mayat anak mereka pula baru sahaja meninggal, mungkin dia melakukannya sendiri tidak lama selepas kami ke rumahnya,” ujarnya.
Menurutnya, anak pasangan terbabit sudah lama mengalami kemurungan tetapi tidak pernah mengganggu penduduk di situ.
“Dia pelajar pandai tetapi malangnya mengalami kemurungan. Dia tidak pernah keluar rumah, hanya turun untuk makan.
“Entah kenapa dia sanggup melakukan demikian. Apabila mengalami kemurungan mungkin dia melihat bapa tiri dan ibunya seperti haiwan. Saya cuma tahu dia tidak suka orang berleter,” ujarnya.
Tambahnya, dia sedih mengenangkan kejadian yang menimpa sahabat baiknya itu kerana mereka sering ke masjid untuk menunaikan solat berjemaah serta minum bersama. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Anak mangsa murung tapi tak kacau orang’ appeared first on Kosmo Digital.

