Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – “Pukul 2.42 pagi tiba-tiba ada kelibat ini. Apa benda?.”
Itu persoalan yang dibangkitkan seorang pengguna Threads selepas dia berkongsi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) pejabatnya dengan mendakwa mengesan satu pergerakan misteri awal pagi pada 11 September lalu.
Menerusi hantaran pengguna dikenali sebagai Kuhaikalzulfiqar berkata, dia menerima notifikasi pengesanan pergerakan daripada CCTV pejabat pada pukul 2.42 pagi.
Katanya, pada awalnya dia menyangka terdapat individu atau pencuri memasuki premis berkenaan sebelum mendapati terdapat satu kelibat kelihatan dalam rakaman tersebut.
“Pukul 2.42 pagi dapat notifikasi motion detect (kesan pergerakan) dari pejabay, ingat ada pencuri masuk ke apa. Cuba komen,” katanya.
Menurut pengguna tersebut, dia cuba berfikiran positif dan menganggap kelibat itu mungkin berpunca daripada faktor lain, namun berasa hairan apabila ia berjaya dikesan oleh sistem CCTV.
“Cuba fikir positif tapi tu lah, boleh pula motion detect (kesan pergerakan) dari CCTV kalau habuk ke apa,” katanya.
Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi pengguna Threads yang cuba meneka objek atau kelibat yang muncul dalam rakaman berkenaan.
Seorang pengguna @amy5700366, secara ringkas menyamakan kelibat tersebut dengan pocong.
“Gula-gula ke tu?,” soal @fayee.miya. – KOSMO! ONLINE
The post [VIDEO] ‘2.42 pagi tiba-tiba ada kelibat’ appeared first on Kosmo Online.
