Auto Added by WPeMatico

![]()
BANGKOK – Seorang pemilik kandang kuda di Thailand mengundang perhatian orang ramai apabila menunggang haiwan ternakannya ke kawasan kampung sambil membawa tong kosong untuk mencari petrol, lapor portal berita Thaiger.
Kejadian berlaku di Cowboy Farm, wilayah Ang Thong semalam.
Pemilik Cowboy Farm, San Kongwet berkata, beliau berdepan kesukaran dalam mencari atau membeli petrol.
“Saya menunggang kuda dari sawah sambil membawa tong dan melalui kawasan kampung untuk mencari stesen minyak.
“Petrol kini sukar untuk dibeli dan saya perlu mencari stesen minyak mana yang masih memiliki bahan api,” kata Kongwet.
Kakitangan Kongwet terpaksa memotong rumput menggunakan sabit, lapor portal berita DailyNews.
Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Pengarah Jabatan Perniagaan Tenaga berkata, bekalan minyak Thailand masih mencukupi walaupun terdapat gangguan di stesen minyak baru-baru ini. – AGENSI
The post Lelaki tunggang kuda ke stesen minyak, cari petrol appeared first on Kosmo Digital.

I’ve seen their uniform before. Now I know..