Auto Added by WPeMatico

![]()
SABAK BERNAM – Seorang pesawah ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke laut ketika menjaring ikan di Pantai Redang, Sekinchan di sini, semalam.
Mangsa lelaki tempatan berusia 21 tahun itu dijumpai orang awam, kira-kira pukul 7.29 petang sebelum disahkan meninggal dunia.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Md. Yusof Ahmad berkata, siasatan awal mendapati mangsa menjaring ikan di kawasan itu, kira-kira dua jam sebelumnya.
Katanya, lelaki itu kemudian dijumpai atas pengusung Jalan Ban Laut dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Jemaah Sabak Bernam bagi tindakan lanjut. Hasil bedah siasat mendapati punca kematian akibat lemas dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya malam ini.
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pukul 7.07 petang.
“Mangsa yang dijumpai disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan diserahkan kepada polis,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Pesawah lemas jaring ikan di Pantai Redang appeared first on Kosmo Digital.
