Auto Added by WPeMatico

KULIM – Kerajaaan negeri memandang serius isu ancaman harimau yang didakwa membaham empat ekor lembu di Kampung Ulu Dingin di Mahang, di sini pada tahun ini.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) telah memasang perangkap di lokasi tersebut.
“Isunya tiada umpan, nak tahan jerat kena letak umpan dan saya berharap isu itu dapat diselesaikan.
“Saya difahamkan Ahli Dewan Undangan Negeri Kulim, Wong Chia Zhen sanggup memberi dua ekor lembu untuk dijadikan umpan bagi menangkap harimau berkenaan,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Wisma Darul Aman, di sini semalam.
Katanya, beliau difahamkan pihak Perhilitan telah memasang umpan seekor kambing tetapi masih belum dapat menangkap haiwan liar tersebut
Kosmo! baru-baru ini melaporkan kebimbangan penduduk Kampung Ulu Dingin, Mahang terutama penternak lembu selepas empat ekor lembu menjadi mangsa serangan harimau sejak awal tahun ini dengan kes terbaharu iaitu pada 12 Jun lalu. – KOSMO! ONLINE
The post Kambing, lembu jadi umpan jerat harimau – Sanusi appeared first on Kosmo Digital.