Auto Added by WPeMatico

PELAKON Datin Atikah Suhaime menasihati golongan isteri agar tidak rasa bersalah untuk berehat dan menikmati hasil titik peluh suami selagi peranan masing-masing dalam rumah tangga difahami serta dihargai.
Ujar Atikah atau nama sebenarnya Nur Atikah Mohd Suhaime, 35, dia pernah melalui fasa hidup penuh tekanan apabila terlalu berpegang kepada prinsip berdikari tanpa mahu bergantung kepada lelaki sehingga akhirnya menyedari pemikiran tersebut membawa kesan sebaliknya dalam pencarian pasangan hidup.
“Dulu waktu muda, saya percaya wanita mesti kerja keras dan jangan bergantung kepada lelaki. Tapi bila minda saya begitu, saya sebenarnya menarik lelaki yang salah.
Apabila saya jumpa suami, dia ajar saya untuk bertenang. Terasa jauh lebih baik bila jadi seorang puteri. Memang lumrah wanita suka dimanja,” katanya dalam TikTok
Tambah pelakon filem TanTiAna itu, dia sering menerima pandangan sinis kerana membenarkan suami memanjakan dirinya dalam kehidupan seharian, termasuk soal kewangan dan pengurusan rumah tangga.
Pun begitu, dia melihat situasi itu dari sudut lebih tenang dan matang, selain percaya setiap rumah tangga memiliki dinamik tersendiri.
“Sekarang saya berada dalam fasa ‘soft girl’. Biarlah suami uruskan segalanya, saya cuma menikmati hidup dan jaga diri.
Kawan-kawan saya dulu selalu pesan, wanita mesti kerja keras, kena ada duit sendiri. Tapi ramai antara mereka sudah berpisah sebab jumpa lelaki salah selain terlalu terbeban urus semuanya sendirian.
“Ada yang kata nanti suami cari perempuan lain sebab saya habiskan duit suami. Pada saya, itu ketakutan tidak berasas,” tegasnya.
Pandangan berani pelakon asal Singapura itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen, termasuk sokongan wanita yang senada dengannya.
“Tak salah jadi isteri dimanjakan, asalkan tahu jaga rumah tangga dan hormat suami,” tulis seorang pengguna media sosial.
Setuju. Tak semua wanita perlu jadi ‘superwoman’, ada masanya kita boleh bersandar,” komen seorang netizen.
“Setiap keluarga ada cara sendiri, tak perlu banding hidup orang lain,” tulis seorang peminat.
Untuk rekod, Atikah sah bergelar isteri kepada Datuk Lokman Teh pada 21 Januari lalu. Suaminya merupakan Ketua Pegawai Eksekutif jenama produk kecantikan terkenal, Zaitun.
Pasangan itu dikurniakan Lyla Mulan Teh pada 8 Mac tahun lepas. – HIBGLAM