
![]()
PETALING JAYA – Ramai lelaki mendambakan pasangan yang cantik, flawless (kulit licin) dan glowing (bersinar) namun terkejut apabila mengetahui kos sebenar penjagaan kulit boleh mencecah RM500 sebulan.
Menurut pakar dermatologi dan ekzema, Dr. Md Azhari Md Zhahir, ramai lelaki tidak memahami bahawa kulit cantik bukanlah sesuatu yang lahir semula jadi tetapi hasil usaha dan penjagaan berterusan.
“Fakta yang lelaki kena tahu, perempuan bukan lahir flawless. Dia diusahakan flawless. Perempuan mandi bukan cuci muka je, tidur bukan baring je, keluar rumah bukan sapu bedak je,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Dr. Md Azhari menjelaskan, rutin penjagaan kulit perempuan biasanya melibatkan enam hingga lapan langkah penting termasuk pembersih muka, toner, serum, pelembab muka, sunscreen (krim pelindung matahari), rawatan kulit, masker muka dan retinol.
“Berbeza dengan lelaki yang kadang-kadang menggunakan cleanser seminggu sekali, bagi perempuan, RM500 sebulan dianggap sebagai ‘standard maintenance’,” katanya.
Beliau juga memberikan contoh pengalaman lelaki yang mencuba produk penjagaan kulit perempuan dan mereka terkejut melihat kulit menjadi lebih lembut, wangi serta semakin segar.
“Baru lelaki sedar, RM500 tu bukan harga skincare. Itu harga keyakinan perempuan yang dia sayang,” ujarnya.
“Perempuan tak minta banyak. Dia tak minta beg tangan RM20,000. Dia tak minta emas 10 ketul. Dia cuma nak jaga diri dia supaya dia boleh rasa cantik bila tengok cermin.
“Kalau kau nak perempuan ‘glowing’, janganlah bajet skincare (produk penjagaan kulit) RM20. Sokonglah dia,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Nak perempuan cantik, tapi bajet skincare RM20? Jangan mimpi bang’ appeared first on Kosmo Digital.