Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Masalah kekurangan bilik setiap kali tibanya musim perayaan untuk pulang ke kampung halaman sering kali menjadi cabaran utama buat keluarga besar.
Menerusi hantaran video di media sosial oleh @Nrl.ryenaa, dia memaparkan cara keluarganya menguruskan ruang tidur apabila berkumpul beramai-ramai dengan menyediakan beberapa buah khemah bagi setiap keluarga.
“Bila bilik tak cukup, adik-beradik ramai, jadilah sebegini,” katanya.
Katanya lagi, dengan cara ini mereka dapat kekal menjaga aurat ketika bersama-sama sekeluarga.
Meninjau ke ruangan komen, ada yang berseloroh menyamakan suasana tersebut seperti pusat pemindahan sementara (PPS) mangsa banjir.
“Ini PPS daerah mana ni? Kena hantar bantuan makanan ni,” seloroh seorang pengguna.
“Bagusnya sekarang orang dah faham aurat sesama saudara. Dulu zaman tak cakna, memang tidur bergelimpangan, syukur ada kesedaran ini,” kata seorang lagi pengguna.
Meskipun tidur di dalam khemah, faktor keselesaan tetap diutamakan apabila pemilik hantaran menjelaskan bahawa khemah tersebut dilengkapi dengan kipas bagi mengelakkan cuaca panas.
Idea ini membuktikan bahawa kekangan ruang bukanlah penghalang untuk keluarga besar berkumpul tetapi usaha untuk menjaga batas dan keselesaan bersama. — KOSMO! ONLINE
View on Threads
The post [VIDEO] Bilik tak cukup, adik-beradik ‘berkampung’ dalam khemah appeared first on Kosmo Digital.

Btw jom sama sama kita beri sumbangan untuk Projek Borneo: Misi Semporna. Maklumat lanjut dia ig @projek.borneo @Projek Borneo: Misi Semporna