Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Seorang lelaki berkongsi kisah lucu mengenai ibunya yang gemar menghantar pautan barangan untuk dibeli secara dalam talian hampir setiap hari.
Menerusi satu hantaran di TikTok @Ajuwar, lelaki itu memuat naik tangkap layar perbualan bersama ibunya yang sering memintanya memeriksa dan membeli pelbagai barangan dalam talian.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut berkongsi pengalaman serupa berdepan ‘ibu kaki shopping online’.
“Mak aku tak ada TikTok… aku tolong buatkan sebab dia cakap bosan duduk rumah…. nah sekali tiap-tiap hari barang smpai… dia dah lama merancang, aku je yang lalai,” kata seorang pengguna.
“Allah abang, ingat saya sorang je. Kita serupa abang. nanti tak beli merajuk pulak. Layankan jela,” komen Aina Ashraf.
“Dahulu mak marah kita apabila bungkusan kita banyak, sekarang mereka punya barang lagi banyak daripada kita walaupun duduk rumah sahaja,” ujar pengguna lain. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Mak kaki shopping hantar link tiap-tiap hari’ appeared first on Kosmo Digital.