Auto Added by WPeMatico

![]()
Sejak kebelakangan ini, nama pelakon Noreen Iman kembali menjadi perhatian. Apa lagi kalau bukan kerana penampilan terkininya yang dilihat berbeza berbanding sebelum ini.
Cik Bunga tahu, apabila seseorang selebriti memilih haluan hidup berbeza, pasti ada sahaja yang tampil sebagai ‘pakar’ membuat pelbagai andaian.
Ada yang sibuk mengaitkan perubahan imej dengan macam-macam cerita, sedangkan hakikatnya tiada siapa yang benar-benar tahu apa yang dilalui individu berkenaan.
Selepas melalui episod perceraian dan kini meneruskan kehidupan sebagai ibu tunggal, tidak dinafikan setiap gerak-geri Noreen menjadi perhatian ramai.
Namun, itu tidak bermakna orang ramai bebas mencipta naratif sendiri atau menjatuhkan hukum berdasarkan pemerhatian di media sosial semata-mata.
Cik Bunga percaya, dalam dunia hiburan memang sukar untuk lari daripada gosip. Tetapi bezanya, ada gosip yang sekadar bualan, dan ada yang boleh mengaibkan seseorang jika disebarkan tanpa bukti.
Tetapi menuduh Noreen kononnya kini sudah berubah dan memilih jalan hidup songsang atau berhubungan sejenis, pada Cik Bunga itu keterlaluan. Tidak mungkinlah Noreen tergamak buat perkara seperti itu bukan? Ya, dia mungkin tidak lagi bertudung, tetapi tak akanlah sebab itu maka dia pun turut pilih jalan hidup songsang?
Apa pun, Cik Bunga berharap orang ramai lebih berhemah ketika mengulas kehidupan peribadi selebriti. Menilai seseorang berdasarkan penampilan semata-mata bukanlah sesuatu yang adil.
Biarlah apa juga perubahan yang berlaku, hanya empunya diri yang mengetahui perjalanan hidupnya. Semoga semua pihak diberikan ruang untuk menjalani kehidupan tanpa dibebani spekulasi tidak berasas. Buat Noreen, semoga tidak terjebak ke kancah dunia yang menghanyutkan.
The post Hubungan sejenis? Jangan hukum Noreen semudah itu appeared first on Utusan Malaysia.
















