Auto Added by WPeMatico

![]()
ALOR SETAR – Seorang lelaki yang disyaki menetak abang iparnya sehingga kepala terpisah daripada badan dalam kejadian di Kampung Pida 3, Jerlun dekat sini malam tadi direman selama enam hari bermula hari ini.
Perintah reman ke atas suspek berusia 38 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Siti Masliza Md. Ali di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Siasatan ke atas suspek yang masih bujang dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd. Radzi Abdul Rahim berkata, mayat mangsa akan dibedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini hari ini.
Sementara itu, katanya, hasil ujian air kencing yang dilakukan ke atas suspek didapati negatif dadah.
Kosmo! Online malam tadi melaporkan, seorang lelaki berusia 45 tahun ditemui maut dalam keadaan mengerikan selepas ditetak dengan parang oleh adik iparnya dalam kejadian di kawasan sawah di Kampung Pida 3, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.05 malam itu, mayat mangsa ditemukan dalam keadaan diselaputi lumpur dengan kepala terpisah daripada badan.
Bahagian kepala dijumpai pada jarak kira-kira satu meter dari lokasi badan mangsa. – KOSMO! ONLINE
The post Lelaki tetak abang ipar direman 6 hari, negatif dadah appeared first on Kosmo Digital.