Auto Added by WPeMatico

![]()
JAKARTA – Seorang wanita di Samarinda, wilayah Kalimantan Timur diikat pada tiang elektrik kerana disyaki mencuri sayur milik peniaga di Pasar Segiri, baru-baru ini, lapor laman berita kumparan.
Kejadian berpunca daripada keresahan para peniaga yang mendakwa sudah berkali-kali kehilangan sayur-sayuran.
Dalam rakaman yang tular, wanita tersebut dilihat dikerumuni orang ramai di kawasan pasar.
Beberapa peniaga kelihatan meluahkan kemarahan, malah seorang daripada mereka tergamak memukul wanita itu sebelum petugas keselamatan tiba untuk mengawal keadaan.
“Selepas keadaan terkawal, wanita itu diserahkan kepada keluarganya kerana tiada peniaga yang mahu membuat laporan polis secara rasmi,” kata Petugas Keselamatan Pasar Segiri, Yazid.
Susulan kejadian itu, Ketua Polis Sektor Samarinda Ulu, AKP Asriadi mengingatkan masyarakat agar tidak mengambil tindakan sendiri terhadap individu yang disyaki melakukan jenayah, sebaliknya menyerahkannya kepada proses undang-undang.
Menurutnya, tindakan penganiayaan mahupun perbuatan yang menjatuhkan maruah suspek boleh menyebabkan pelakunya boleh dikenakan tindakan undang-undang. – AGENSI
The post Wanita curi sayur diikat pada tiang elektrik appeared first on Kosmo Digital.
