Auto Added by WPeMatico

LANGKAWI – Seorang lelaki yang ditahan kerana disyaki merompak kedai emas di Kuah, di sini semalam dipercayai kerana menganggur dan mempunyai banyak hutang.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, suspek tersebut direman selama tujuh hari bermula hari ini.
“Hasil siasatan awal mendapati suspek bertindak demikian kerana menganggur dan mempunyai hutang yang banyak.
“Barang kemas yang dilarikan telah dapat semula hasil bantuan orang awam yang membantu setelah barang kemas tersebut terjatuh di hadapan kedai semasa suspek hendak melarikan diri selain daripada yang dirampas daripada badan suspek,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, suspek yang tidak bekerja telah berkahwin dan mempunyai empat orang anak berusia lima hingga 16 tahun.
Semalam, akhbar ini melaporkan seorang lelaki bertindak mencampakkan serbuk cili ke arah pekerja kedai emas sebelum melarikan barangan kemas bernilai RM50,000 dalam kejadian rompakan di Pekan Pandak Mayah di Kuah. – KOSMO! ONLINE
The post Suspek rompak kedai emas sebab menganggur, banyak hutang appeared first on Kosmo Digital.