Auto Added by WPeMatico

![]()
The post Kalau nak baring dalam bilik bersedih, sampai bila orang nak hulur bantuan? – Mama Rina appeared first on Kosmo Digital.
Auto Added by WPeMatico

![]()
The post Kalau nak baring dalam bilik bersedih, sampai bila orang nak hulur bantuan? – Mama Rina appeared first on Kosmo Digital.

![]()
KUALA LUMPUR – Sebanyak 88 kluster tuberculosis (Tibi) telah direkodkan pada tahun 2025 melibatkan 254 kes di seluruh negara.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, daripada 88 kluster yang dilaporkan pada tahun lalu, sebanyak 35 kluster masih berstatus aktif.
Beliau berkata, semua kes tersebut direkodkan di Selangor dengan 13 kluster (37 kes), Kedah : 6 kluster (13 kes), Sarawak : 5 kluster (27 kes) serta di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya: 5 kluster (14 kes).
“Selain itu, di Johor terdapat 3 kluster (7 kes), Kelantan : 2 kluster (5 kes) dan Terengganu : 1 kluster (2 kes),” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi (PN-Kuala Langat) yang mahu tahu status terkini kluster tibi
mengikut negeri serta jumlah kes aktif yang masih dipantau dan apakah langkah saringan serta kawalan khusus yang telah dilaksanakan.
Sementara itu Dr. Dzulkefly berkata, bagi tahun 2026 sehingga 7 Februari, sejumlah 10 kluster Tibi dilaporkan yang kesemuanya masih aktif iaitu di Selangor : 4 kluster (10 kes), Johor : 1 kluster (37 kes), Kedah : 1 kluster (2 kes) dan Kelantan : 1 kluster (2 kes).
“Sementara itu di Pahang : 1 kluster (4 kes), Perlis : 1 kluster (2 kes) dan Sabah : 1 kluster (5 kes),” katanya.
Dalam pada itu, mengulas mengenai langkah kawalan beliau berkata, bagi institusi berisiko tinggi seperti sekolah berasrama, penjara dan asrama pekerja, langkah saringan adalah berdasarkan Manual Tuberculosis Information System, (TBIS 2018) iaitu pengenalpastian kontak, penilaian kontak dan pemeriksaan kontak.
“Saringan yang dijalankan merangkumi saringan simptom termasuk batuk berpanjangan, demam, hilang selera makan dan susut berat badan serta pemeriksaan klinikal paru-paru.
“Selain itu, turut dilaksanakan pemeriksaan x-ray paru-paru dan pemeriksaan kahak iaitu sputum mikroskopi dan kultur,” katanya.
Katanya, langkah kawalan bagi mengekang penyebaran penyakit Tibi ini adalah dengan memastikan mereka yang disahkan menghidap penyakit
Tibi diberikan rawatan awal anti-TB.
“Bagi kontak rapat yang tidak menghidap Tibi akan disaring untuk mengesan jangkitan TB atau latent TB (TB Infection) dan dimulakan rawatan pencegahan Tibi.
“Pemantauan rawatan secara Directly Observed Therapy (DOT) secara harian dilaksanakan di fasiliti kesihatan terdekat,” katanya.
Selain itu katanya, individu bergejala dinasihatkan mengamalkan etika batuk iaitu dengan menutup mulut dan hidung ketika batuk atau bersin.- KOSMO! ONLINE
The post 88 kluster Tibi direkodkan tahun lalu, 10 masih aktif appeared first on Kosmo Digital.

![]()
KAJANG – Penubuhan Wellness Hub Hulu Langat merupakan manifestasi reformasi sistem kesihatan negara yang beralih daripada pendekatan merawat penyakit semata-mata (sick care) kepada pencegahan dan pemerkasaan kesihatan rakyat.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, inisiatif tersebut selari dengan kerangka Malaysia Madani yang meletakkan kesihatan sebagai prasyarat kepada kemakmuran negara.
Menurutnya, kos mengurus penyakit tidak berjangkit (NCD) kini mencecah RM64.3 bilion setahun, jauh lebih tinggi berbanding Bajet Kementerian Kesihatan sebanyak RM46.52 bilion bagi tahun ini.
“Ini menunjukkan kita tidak boleh lagi bergantung semata-mata kepada rawatan penyakit. Kita perlu beralih kepada pencegahan dan reformasi sistem kesihatan yang memperkasa rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis perasmian Wellness Hub Hulu Langat, di sini hari ini.
Dr Dzulkefly berkata, Wellness Hub berperanan merakyatkan kesihatan dengan meningkatkan akses dan literasi kesihatan agar masyarakat mampu membuat keputusan lebih bijak mengenai kesejahteraan diri.
Katanya, fasiliti itu juga menjadi platform strategik menangani isu kritikal seperti stunting (bantut) dan malnutrisi dalam kalangan kanak-kanak melalui perkhidmatan rundingan pemakanan, bermula dari peringkat awal kehamilan hingga 1,000 hari pertama kehidupan anak.
Mengulas lanjut, beliau berkata Wellness Hub Hulu Langat menerima lebih 19,000 klien pada 2025, peningkatan hampir 23 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Katanya, sebanyak 38 Wellness Hub kini beroperasi di seluruh negara, termasuk lima fasiliti baharu yang mula beroperasi tahun ini di Kuala Selangor, Muar, Sibuti, Muallim dan Sandakan. – KOSMO! ONLINE
The post Wellness Hub Hulu Langat mercu tanda reformasi kesihatan appeared first on Kosmo Digital.

![]()
PETALING JAYA – “Menangis KKM (Kementerian Kesihatan) kalau nampak”.
Itu antara reaksi netizen terhadap sebuah video yang memaparkan seorang peniaga menuang susu pekat dalam kuantiti yang banyak semasa menyediakan pencuci mulut, ais batu campur.
Melalui video itu, peniaga tersebut dilihat menuang beberapa tin susu pekat serta susu cair di dalam sebuah bekas yang mengandungi ais kisar bersama beberapa jenis bahan lain seperti biji sagu, jagung dan cendol.
Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna terkejut melihat kuantiti susu pekat dan susu cair yang digunakan oleh peniaga terbabit.
“Malaysia makin parah dengan makanan pelik-pelik, lagi-lagi berkenaan gula dan susu,” kata Angah.
“Rumah kata pergi, hospital kata mari,” kata Jaidi.
“Dua kesalahan dalam video ini, satu penggunaan susu terlalu banyak kedua guna bekas polisterin buat minuman,” tegur Aini. – KOSMO! ONLINE
The post Menangis KKM tengok ‘abc’ terlebih susu appeared first on Kosmo Digital.

BEN, seekor cimpanzi yang jinak namun berubah menjadi ganas secara tiba-tiba akibat penyakit anjing gila atau rabies yang menyebabkan hampir keseluruhan penghuni sebuah villa mewah berdepan tragedi maut tidak terjangka.
Itu sedikit sinopsis filem terbaharu arahan sutradara, Johannes Roberts berjudul Primate yang kini hangat ditayangkan di pawagam seluruh negara.
Penulis berkesempatan menonton naskhah bernuansa natural horror di TGV, pusat beli-belah One Utama baru-baru ini dan hasilnya, tidak langsung menghampakan terutama dari segi jumpscare atau elemen kejutan.
Pertama sekali, filem ini ibarat buku bertemu ruas andai ditonton penggemar genre seram terutama bersama rakan-rakan rapat.
Hal ini kerana, meletakkan cimpanzi sebagai fokal penceritaan bersama ketakutan manusia terhadap haiwan berkenaan ibarat bull’s-eye atau sasaran mengena di panggung wayang.
NAMPAK tenang tidak berbahaya, namun Cimpanzi bernama Ben mempunyai 1,001 keganasan dalam diri yang sangat mengejutkan dan mengerikan.
Kita sendiri berasa was-was sama ada cimpanzi makhluk yang boleh dibela di rumah atau mampu bertindak semaksima ganas sehingga boleh mengokak rahang mulut manusia andai ‘wayar’ di kepala terputus disebabkan penyakit bawaan jangkitan seperti rabies.
Elemen kejutan dalam Primate memang tidak boleh dibawa berbincang. Bayangkanlah, raut cimpanzi bertaring itu sendiri sudah cukup mengerikan.
Apabila mereka bertindak ‘bijak’ setara manusia, itu memang membuatkan bertih jagung audiens di panggung terpelanting ke udara dengan jeritan paling nyaring dan sebahagian rongga anggota badan terkemut-kemut disebabkan rasa takut tidak berbahagi.
Untuk itu, markah jumpscare untuk Primate penulis berani beri sembilan per 10.
Keduanya, dari segi efek bunyi dan visual, Primate bukanlah yang paling hebat, namun sudah cukup memberikan pengalaman sinema memadai untuk penonton.
‘Permainan’ villa mewah di lereng bukit tertinggi, kemenjadian Ben (cimpanzi) yang berubah perangai selepas dijangkiti rabies, semua itu diadun dengan baik pengarah dan mereka yang terlibat.
Kesan bunyi suspens juga menguatkan perjalanan Primate berdiri sebagai sebuah filem seram yang mudah melekat di jiwa penonton.
Sementara itu, terjemahan karakter utama Lucy Pinborough oleh Johnny Sequoyah wajar dipuji, tidaklah terlalu cemerlang namun cukup meninggalkan dampak tersendiri.
LUCY (kanan sekali) dan rakan-rakan berdepan ketakutan yang luar biasa saat berdepan cimpanzi bernama Ben yang hilang kejinakan.
Bagaimanapun, sinergi ‘frenemy’ antaranya dengan Hannah (Jessica Alexander) seperti tidak terlalu memberi impak.
Barangkali, fokal keseluruhan terjurus kepada watak Ben yang sangat menyerlah waima hanya seekor cimpanzi.
Tidak semua filem horror itu lengkap serba-serbi dan Primate juga terkandung kekurangan yang nyata.
Pertama sekali, apa yang dibentangkan tersangatlah klise dan mudah diramal. Apa yang penulis maksudkan di sini, tidak banyak plot twist atau pusingan plot.
Ben dijangkiti rabies, membuat pertumpahan darah rakan-rakan Lucy, mereka diselamatkan dengan face-off melibatkan penjaga cimpanzi tersebut dan kemudian, plot cerita digulung.
Penulis mengharapkan mungkin ada ‘backstory’ lebih ampuh seperti Ben berdepan trauma sebelum dijangkiti virus. Mungkin makhluk itu pernah disiksa manusia dan sebagainya.
Apapun, Primate sebuah filem yang menghiburkan. Tidak bergantung kuasa jumpscare semata-mata, filem ini juga menyelitkan lelucon yang membuatkan deras adrenalin penonton bergoncang di tempat sewajarnya. Markah: 81 per 100. – HIBGLAM