Auto Added by WPeMatico

![]()
ALOR GAJAH – Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah menghina agama Islam dengan memijak senaskhah al-Quran di bulan Ramadan, Februari lalu.
Majistret Dr. Teoh Shu Yee menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Amir Abdul Malik, 41, selepas mengambil kira sensitiviti agama dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini khususnya ia berlaku di bulan Ramadan.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didapati memuat naik rakaman dirinya memijak al-Quran dengan niat menghina agama Islam pada 28 Februari 202 di alamat rumah di Jalan Haji Putih, Kampung Durian Daun, Masjid Tanah.
Majistret menegaskan bahawa perbuatan tertuduh adalah serius kerana menyentuh sensitiviti umat Islam dan penghinaan terhadap mana-mana agama, sama ada Islam atau bukan Islam, berpotensi membawa kerosakan yang jauh lebih besar berbanding kecederaan fizikal.
“Ia lebih membimbangkan apabila dilakukan dalam bulan Ramadan yang sepatutnya menggalakkan umat Islam meningkatkan keimanan melalui amalan kebaikan seperti bersedekah, bersabar dan memperbanyakkan ibadah, bukannya bertindak sebaliknya dengan memijak al-Quran,” tegasnya.
Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan daripada tarikh ditangkap 15 Mac 2026. – KOSMO! ONLINE
The post Lelaki dijel 9 bulan, mengaku pijak al-Quran pada Ramadan appeared first on Kosmo Digital.
