Auto Added by WPeMatico

![]()
KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu semalam atas pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan anak tirinya berusia 19 tahun pada Khamis lalu.
Tertuduh berusia 52, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan selesai dibacakan di hadapan Majistret Yusnaliza Mohammad Yusoff.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah di Kuala Nerus pada pukul 7 pagi, 30 Julai lalu dan kes didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
Mahkamah menetapkan 9 September depan sebagai sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Anith Nabilah Rusli manakala tertuduh pula tidak diwakili peguam. – KOSMO! ONLINE
The post Lelaki 52 tahun didakwa ‘sentuh’ anak tiri appeared first on Kosmo Digital.
